Monday, 6 June 2016

LAWATAN KE KILANG VITAGEN

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasanya macam dah lama sangat tak update blog. Buka-buka mcm dah berhabuk. Hahahaha. 
Alright, macam ni sebenarnya, saya nak ceritakan tentang pengalaman saya melawat ke beberapa kilang yang rata-ratanya saya rasa semua kenal. 


Erm, kenal tak botol-botol ni? Kalau tak kenal tu nampaknya rugilah korang. 
So, basically, nak cerita tentang kilang Vitagen yang telah pun saya lawat.

Pada tarikh yang sangat cantik dan molek iaitu pada 30hb Mei 2016, Persatuan Penduduk Sri Tioman 2 telah mengadakan satu rombongan ke kilang-kilang terkenal seperti kilang Vitagen, Kilang Aji-na-moto dan juga Kilang Coklat. Eceyhh .. macam gempaklah pula kan. Hahaha. Tapi betullah, hari tu Puan Hasniah Sharif merangkap mama cikgu yang bertanggungjawab untuk handle lawatan ini. Ehh, mama I aktif tau. Dia memang rajin buat rombongan-rombongan cemni. Apapun, serius sangat best pergi melawat kilang ni. Mehlah I cerita kan satu demi satu kilang-kilang tersebut ye.

KILANG VITAGEN @Cotra Enterprise Sdn. Bhd (+60 3-7955 4388)

Okay, first of all kilang pertama yang kami semua lawati pada hari itu adalah Kilang Vitagen. Omggggg ~~ yes. Vitagen. Memang feveret sejak kecil. So bila mama cakap nak lawat kilang ni, I'm the one who was over excited. Hahaha. Kilang Vitagen ni terletak dekat area Jalan Klang Lama, iaitu di Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Malaysia. Jangan risau, takkan sesatnya, confirm akan jumpa kilang ni sebab kilang ni agak obvious. 

Masa first sampai tu, dalam lebih kurang pukul 9.30, kami telah diberikan taklimat oleh Puan Zaihani. Taklimat ni sumpah best sebab segala maklumat yang diberikan sangat sangat berguna. time taklimat ni, puan ada bagi choice either kita nak dgr penerangan cara kanak-kanak or dewasa sebab kalau kanak-kanak diberi penerangan yang formal confirm bosan. But yeah, obviously we had to choose secara dewasa sebab kami ni ramai yang dah dewasa, hahaha. 

Ni lah Puan Zaihani. Peramah orangnya <33

So, after the taklimat, kami diberikan jamuan ringan. Nyummmmm ~~~ makan time. Oh ye, lupa nak beritahu. Sebenarnya masa kami pergi ke kilang ni, kami tak dapat melihat sekeliling dan tak dapat tengok cara vitagen dibuat. huhuhuhu .... *nangis*.Sebabnya kilang vitagen tidak beroperasi pada hari Isnin (perkara ini telah diberitahu oleh Puan Zaihani sendiri). So, kalau korang nak datang melawat kilang Vitagen, make sure datang pada hari kilang ini beroperasi dan mestilah confirmkan dengan pihak vitagen awal-awal yee. Sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum dtg melawat <33 

Time ni, puan zaihani berikan penerangan tentang perbezaan beberapa produk vitagen

Perut pun dah berkeroncong. Moh kita makan dan minum sampai kembung..
Puan Hasniah sedang memberikan cenderamata kepada Puan Zaihani

Bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan